Berikut merupakan data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Data PMI Pembuatan Zon Eropah (Isnin 5.00 Petang): Sektor pembuatan di zon Eropah khususnya di Jerman kekal menunjukkan angka bacaan yang berada di paras yang sihat dengan jangkaan bacaan terbaru akan turut baik.
Data PMI Pembuatan UK (Isnin 5.30 Petang): Sektor pembuatan di UK juga kekal di paras angka yang tinggi menunjukkan pengembangan terbaik dalam tempoh 3 tahun.
Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Selasa 11.00 Malam): Walaupun kekal berdepan krisis pandemik dengan angka kes tertinggi di dunia, Amerika Syarikat berjaya mengekalkan sektor ekonomi pada kadar yang baik sehingga menjelang tahun yang baru.
Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Minit FOMC yang diterbitkan akan menjadi tumpuan pelabur untuk meneliti butiran polisi akhir pada mesyuarat terakhir 2020. Dengan pelonggaran lebih lanjut oleh Fed, pasaran akan menjangkakan nada dovish pada minit.
Minit Mesyuarat ECB (Khamis 8.30 Malam): Bank pusat Eropah akan menerbitkan minit untuk mesyuarat November 2020. Dengan paras inflasi yang rendah, pelabur akan meneliti petunjuk untuk rancangan tambahan pelonggaran ECB pada tahun 2021.
Laporan Pekerjaan NFP AS (Jumaat 9.30 Malam): Menjadi data tumpuan utama di awal bulan, laporan data pekerjaan di Amerika Syarikat akan memberi impak besar terhadap pasaran kewangan. Dijangka angka pertambahan pekerjaan lebih rendah untuk Disember 2020 manakala kadar pengangguran sedikit meningkat.
Laporan Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Diterbitkan bersama laporan NFP, data pekerjaan Kanada akan memberi impak terhadap dagangan dolar Kanada. Pada November, kadar pengangguran telah mencatatkan kejatuhan untuk bulan keenam berturut-turut.