Selain MoonCatRescue, non-fungible token (NFT) CryptoPunks juga menjadi kegilaan peminat sektor ini.
Dalam pengumuman terbaru yang dimuatnaik di laman Twitter @ChristiesInc, sebanyak 9 NFT CryptoPunks ‘rare’ akan dilelongkan bawah pengurusan rumah lelongan Christie’s pada bulan hadapan, 13 Mei 2021 di New York.
Kesemua seni digital yang dipasarkan di Larva Labs itu adalah daripada hasil lombongan bawah 1,000 yang mana bermakna dihasilkan ketika awal penubuhan firma tersebut.
Koleksi tersebut dilabel dengan nombor lombongan: 2, 532, 58, 30, 635, 602, 768, 603 dan 757. Menariknya ‘rare alien’, antara koleksi CryptoPunks juga turut akan dilelong bersama.
Bulan lalu rumah lelongan itu berjaya melelong karya Beeple bertajuk ‘Everydays: The First 5000 Days’ pada harga $69 juta, dibayar dalam ether (ETH).
DeGenData mendedahkan, susulan daripada pengumuman Christie’s, ramai penjual punk menarik koleksi mereka dari pasaran, diikuti dengan lonjakan harga yang mendadak.
“Adakah mereka akan hodl Punks mereka atau menyenaraikan semula ketika harga meningkat?”
Punk Sellers are racing to pull their punks off the market after the @ChristiesInc announcement. @DeezeFi @financenewsguy @RealAllenHena @larvalabs Are they just going to hodl their Punks or are the re-listing as the price floor continues to rise? pic.twitter.com/Fmu9lwQOIb
— DeGenData 🦇🔊 (@degendata) April 8, 2021
Berdasarkan tangkap layar yang dimuatnaik DeGenData, lantai harga telah meningkat ke paras sekitar 5 ETH.