Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan Spacex Elon Musk dilihat saling berbalas kenyataan di Twitter dengan Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng “CZ” Zhao. Hal ini terjadi selepas Elon Musk memberi teguran kepada platform Binance setelah bursa kritpo itu menunda pengeluaran Dogecoin.
Pasaran kripto seperti yang sedia maklum bahawa sering kali mengalami turun naik yang tinggi terutama pada tahun ini dengan tweet Elon Musk seringkali mencetuskan huru hara. Musk yang acapkali terkenal dengan tweet beliau terkait Dogecoin telah membantu aset kripto Doge melonjak sehingga ke paras tertinggi sepanjang masa $0.7.
Pengeluaran aset kripto dogecoin telah dihentikan buat sementara waktu pada 11 November berikutan terdapat gangguan selepas kemaskini dalam rangkaian.Binance menyatakan bahawa mereka akan meneruskan pengeluaran Dogecoin apabila masalah itu telah diselesaikan. Sebahagian menjangka hal ini dapat berlarutan sehingga 29 November.
Musk yang sebelum ini menyatakan aset kripto Dogecoin sebagai kripto kegemarannya telah menzahirkan rasa kecewa dengan membalas tweet Zhao yang menyatakan; “Apa yang sedang berlaku kepada pelanggan DOGE anda?” kemudian menambah ‘ia kedengaran seperti mencurigakan’.
Hey @cz_binance, what’s going on with your Doge customers? Sounds shady.
— Elon Musk (@elonmusk) November 23, 2021
Binance menanggapi dengan mengatakan sedang membangun kembali dompet Dogecoin sepenuhnya, mengakibatkan penundaan pengeluara yang boleh berlanjut selama seminggu lagi.
Zhao secara mafhumnya membalas bahawa seperti kenyataan di atas dan kemudian dibalas kembali oleh Musk dengan mengatakan bahawa “Pemegang Doge yang menggunakan Binance harus dilindungi dari kesilapan yang bukan kesalahan mereka,” jawab Musk.
Zhao juga menjawab kepada Musk mengatakan bahawa hal itu disebabkan pembangunan dompet Doge dan dalam masa yang sama meminta maaf mengenai sebarang kesulitan yang berlaku.
Zhao di tempat berbeza sebelum ini menyatakan bahawa Musk harus lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tweet mengenai aset kripto.