Permulaan dagangan awal minggu menyaksikan pergerakan tidak menentu harga emas di tengah-tengah pengukuhan US dolar pada sesi Asia.
Logam berharga emas kembali melonjak di sekitar harga $1,779 per auns, setelah mencatatkan penurunan ketara pada awal sesi Asia sehingga mencecah harga $1,770 per auns.
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap tindakan Federal Reserve (Fed) yang disokong oleh indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) menyebabkan dagangan harga emas terbantut.
Indeks PCE tidak termasuk komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu, tersasar daripada jangkaan kenaikan0.6%, dengan hanya meningkat 0.5% setelah naik 0.7% pada bulan April.
Walaupun menurun, tetapi pelabur tetap yakin bahawa bank pusat AS akan mengetatkan dasar monetarinya seperti isyarat yang diberikan pada mesyuarat polisi FOMC sebelum ini.
Tumpuan pasaran seterusnya tertumpu pada penerbitan laporan pekerjaan NFP AS yang dijangka menunjukkan pertumbuhan lebih tinggi pada bulan Jun setelah mencatatkan bacaan yang mengecewakan pada bulan sebelumnya.