Kebanyakan matawang kripto dilihat seperti sedang memberi isyarat untuk perubahan trend.
Ethereum dengan projek terbaru, bakal melancarkan ‘Ethereum Scaler Arbitrum’ pada minggu ini dengan sokongan pembangun daripada Alchemy.
Read more about our launch and partnership here!https://t.co/k1FIAe9cft
— Arbitrum (💙,🧡) (@arbitrum) May 26, 2021
Meneliti carta pergerakan harga ETH/USDT, dapat dilihat masih gagal menembusi paras $3,000 setelah melonjak dari paras terendah yang dicatatkan sekitar harga $1,728.
Jika pergerakan harga berjaya melepasi zon tersebut, paras seterusnya bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $3,300 dan seterusnya menyambung trend kenaikan harga semula.
Melihat kepada kenaikan harga ETH, ia seperti sedang memberi penanda aras untuk membuat perubahan dan bakal menguji paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicapai $4,300.
Sebaliknya, jika penurunan harga kembali bersambung, harga berkemungkinan bakal susut ke paras sekitar $2,500 yang dilihat sebagai paras tumpuan untuk diuji sebelum jangkaan untuk membuat kenaikan semula atau terus membuat penurunan yang lebih rendah.
Pada masa penulisan, Ethereum didagangkan $2,770 membuat kenaikan lebih 60% daripada penyusutan yang berlaku pada 23 Mei.
Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.