Terra, protokol blockchain yang menggunakan stablecoin ‘fiat-pegged’ untuk kuasai kestabilan harga pembayaran global dimana ia menggabungkan kestabilan harga dan penggunaan mata wang fiat yang luas tanpa kebergantungan kepada Bitcoin (BTC) dan menawarkan transaksi yang pantas dan berpatutan.
Terra merupakan idea Daniel Shin dan Do Kwon pada Januari 2018. Mereka menubuhkan beberapa rakan kongsi dengan platform pembayaran, terutamanya dirantau Asia Pasifik.
Pada Julai 2019, Terra mengumumkan perkongsian dengan Chai (Dapp) iaitu sebuah apikasi mudah alih yang terletak di korea selatan dimana setiap pembelian hanya menggunakan aplikasi di platform e-dagang dan diproses melalui rangkaian blockhain Terra.
Seterusnya, mari kita lihat carta pergerakan harga LUNA/USDT.
LUNA menunjukkan reputasi yang baik dalam pasaran apabila telah membuat lonjakan melebihi 3,000% bermula daripada pembukaan pasaran Januari 2021 sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $22.30 pada Mac 2021.
Namun, prestasi Luna merosot selepas bulan Mac melihatkan harga susut lebih 80%, menjunam sehingga ke paras sokongan $4.0 yang turut dipengaruhi kejatuhan harga Bitcoin (BTC).
Menurut ramalan penganalisis, LUNA dijangka bakal membuat kenaikan untuk menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $10-$11.
Sekiranya pergerakan harga LUNA berjaya menembusi paras rintangan tersebut, sasaran kenaikan yang lebih tinggi dilihat bakal menguji zon SBR seterusnya di paras harga $13-$14 sebelum menuju ke paras ATH $22.30 yang pernah dicatatkan.
Namun, jika harga terus membuat penurunan ke paras harga yang lebih rendah, zon support sekitar harga $0.40 bakal diuji dan bakal menjadi perhatian para pelabur.
Lihat gambar carta matawang kripto LUNA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.