Berketetapan 12 November, Algorand Foundation telah menjalinkan kerjasama dengan Blockchain Association Singapore (BAS) untuk menerajui perkembangan teknologi blockchain di Singapura dan seluruh rantau Asia Tenggara.
Dalam memorandum yang termeterai ada menyebut kolaborasi di antara dua pihak itu akan menfokuskan kepada kesedaran dan pengetahuan terhadap protokol Algorand, aplikasi, dan peluang pembangunan.
Kerjasama ini sejajar dengan misi Algorand Foundation yang mahu menyokong inovasi untuk ekosistem inklusif yang mampu menawarkan peluang untuk penubuhan ekonomi tanpa sempadan.
Buat masa sekarang, nilai Global Blockchain Market telah mencecah paras kira-kira $5.3 bilion bagi 2021 dan dijangka akan terus melonjak kepada nilai $34 bilion pada 2026.
Pada awal 2021, Algorand (ALGO) mencatatkan prestasi yang luar biasa selepas melonjak ke paras tinggi 2 tahun, didorong oleh lebih 500 kerjasama ekosistem.
Misalnya firma kewangan blockchain dan tokenisasi aset, Koinbanx, menandatangani persetujuan kerjasama dengan El Salvador untuk menubuhkan infrastruktur blockchain yang bersandarkan kepada teknologi Algorand pada awal 2021.
Tidak cukup dengan itu, Algorand juga bergiat dalam mengembangkan lagi kes penggunaan merangkumi kewangan desentralisasi (DeFi), non-fungible token (NFT), pembayaran, dan matawang digital bank pusat (CBDC).
Ketika penulisan, ALGO didagangkan pada $1.94, susut lebih 2% dalam 24 jam.