Pada hari Selasa Britain telah mendesak Kesatuan Eropah yang menyebabkan timbul kekhuatiran dalam pasaran terhadap hubungan antara kedua negara itu. Britain telah mendesak Kesatuan Eropah untuk membantu mencari penyelesaian kekangan perdagangan dengan Ireland Utara sebelum akhir bulan ini.
Sejak perjanjian pengunduran UK dari EU pada tahun lalu, hubungan perdagangan antara negara Britain dan dan blok tersebut telah semakin memburuk. Ketegangan semakin meningkat apabila kedua-dua belah pihak saling menyalahkan dalam memainkan peranan sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian perdagangan mereka yang merangkumi logistik ke Ireland Utara.
Dibawah perjanjian, Britain diharapakan dapat melakukan pemeriksaan keluar barangan ke Ireland Utara dan EU disisi lain meminta agar tidak wujud sebarang isu ‘pintu belakang’.
Walaubagaimanapun, UK telah memperpanjangkan waktu pemeriksaan sehingga 30 Jun untuk meminimumkan gangguan bekalan barangan. Langkah ini meningkatkan lagi ketidaktegangan antara kedua-dua belah pihak yang kini masih lagi bertelagah tentang bagaimana menyelesaikan masalah tersebut.
Jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson meminta penyelesaian mendesak untuk masalah ini, dengan mengatakan jika tidak ada penyelesaian bersama sebelum 30 Jun maka Ireland Utara tidak akan menjual barangan seperti daging sejuk beku dari Britain.
Tamsilnya, jika tidak ada penyelesaian yang dapat ditemukan dalam waktu yang singkat ini maka dapat dijangkakan hubungan EU dan UK akan semakin memburuk.