Penganalisis kembali menjangkakan dagangan emas akan bergerak dalam trend bearish semula selepas pengukuhan US dolar sebelum ini memberi tekanan terhadap nilai emas semasa.
Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar walau bagaimanapun masih melihat harga emas masih bertahan daripada terus jatuh lebih rendah.
Sentimen pasaran kian berisiko ditambah dengan isu terbaru yang dilaporkan bahawa Korea Utara yang melancarkan dua peluru berpandu ke arah laut Jepun pada hari ini.
Sentimen risk-off pasaran juga turut membuatkan minat pelabur terhadap emas yang meningkat. Namun, dagangan US dolar yang dijangka lebih aktif pada sesi New York berkemungkinan boleh mengubah situasi pergerakan harga.
Untuk dagangan sepanjang minggu ini, harga dilihat bergerak dalam zon di antara paras rintangan 1745.00 dengan paras terendah sekitar 1724.00.
Bagi situasi penurunan harga, paras sokongan dilihat pada paras 1720.00 yang menyokong kenaikan semula harga pada penurunan minggu lalu. Penurunan lebih rendah bakal kembali semula ke paras sokongan 1700.00.
Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras rintangan 1745.00, paras ketinggian minggu lalu sekitar 1755.00 akan cuba diatasi untuk trend bullish harga.
Seterusnya zon SBR (support become resistance) pada 1765.00 akan menjadi tumpuan untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon tersebut sebelum kenaikan yang diteruskan akan disasarkan menuju semula ke paras 1800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI