Dagangan emas dilihat berdepan kesukaran untuk menembusi paras harga $1,800 selepas harga jatuh di bawah paras tersebut pada minggu lalu.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah memperlihatkan penyusutan harga pada minggu lalu telah menguji zon 1780.00 beberapa hari yang menjadi zon support semasa buat emas.
Sehingga dagangan awal minggu semalam, zon tersebut kekal menghalang penyusutan emas lebih rendah untuk menyokong kenaikan semula.
Namun, zon 1800.00 masih sukar untuk ditembusi selepas cubaan kenaikan harga pada Jumaat lalu terkandas di tengah jalan apabila harga susut semula ke zon support 1780.00.
Pelabur masih berwaspada menantikan perkembangan laporan terbaru ancaman varian Covid-19 Omicron yang melanda dunia.
Penularan terbaru ini dilihat kembali menjadi faktor membendung langkah pemulihan ekonomi, malah beberapa negara telah bersiap sedia untuk melaksanakan sekatan pergerakan semula.
Pergerakan US dolar yang mempengaruhi perubahan nilai emas dalam pasaran turut paparkan aksi suram sementara pelabur berhati-hati menjelang terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu ini.
Di samping itu juga, pelabur meneliti langkah seterusnya oleh Federal Reserve (Fed) untuk pengetatan polisi mereka yang berkemungkinan direncatkan oleh kemunculan varian baru Coronavirus Omicron.
Sekiranya harga emas terus gagal untuk melepasi paras 1800.00, penurunan berkemungkinan dijangkakan untuk kembali menguji support 1780.00.
Penurunan lebih rendah menembusi zon tersebut bakal menjangkakan harga untuk susut menuju paras sekitar 1760.00.
Namun jika harga emas berjaya melonjak tembusi 1800.00, paras rintangan seterusnya yang dilihat menjadi sasaran adalah pada 1830.00.
Untuk pergerakan trend bullish lebih jelas untuk emas, pelabur ingin kembali melihat zon tumpuan pada 1850.00 dan 1870.00 berjaya dicapai semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG