Memulakan dagangan pembukaan pasaran di awal minggu ini, emas bergerak sedikit susut selepas kenaikan harga berjaya dipaparkan pada penghujung minggu lalu.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat diperhatikan harga emas kembali menjalar semula membuat kenaikan selepas menjunam sehingga bawah paras 1700.00 di pembukaan dagangan awal minggu lalu.
Kenaikan harga yang dipaparkan telah melepasi paras penting seperti paras 1745.00 dan juga rintangan 1765.00 yang menjadi zon terjunan harga awal minggu.
Pada Rabu lalu, pelabur sudah mula menerima isyarat awal untuk pergerakan bullish emas selepas harga naik melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.
Namun, pelabur kekal waspada bagi mengawal risiko serta nantikan isyarat lebih jelas selepas menyaksikan terjunan drastik harga pada awal minggu.
Selepas kenaikan harga telah pun melepasi halangan 1765.00, penganalisis menjangkakan harga emas pada minggu ini bakal menuju semula ke paras 1800.00 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.
Jangkaan tersebut adalah didorong oleh penyusutan US dolar pada penghujung minggu lalu yang berkemungkinan akan berterusan pada minggu ini.
Melepasi zon SBR 1800.00 akan mensasarkan paras ketinggian 1830.00 yang menjadi rintangan harga sebelum ini dan juga zon SBR 1850.00 untuk sasaran seterusnya.
Sebaliknya jika US dolar kembali mengukuh pada minggu ini dan menekan semula harga emas jatuh lebih rendah, paras tumpuan 1765.00 dan 1745.00 akan kembali diberi perhatian.
Trend bearish yang lebih jelas akan mendorong jangkaan harga emas untuk susut semula ke zon support 1700.00-1680.00.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG