Dagangan emas melonjak ke paras tertinggi 4 minggu pada penghujung minggu lalu selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka pertambahan pekerjaan yang merosot mendorong penyusutan US dolar.
Pertambahan pekerjaan di AS merosot kepada 235,000 berbanding jangkaan untuk susut kepada 720,000 untuk bulan Ogos.
Penyusutan US dolar yang berterusan telah membuka ruang lebih besar untuk komoditi emas meningkat lebih tinggi dalam pasaran.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga menuju ke zon rintangan 1830.00 pada Jumaat lalu dengan paras tertinggi dicapai sekitar 1834.00.
Harga emas walau bagaimanapun kembali bergerak perlahan di bawah zon rintangan tersebut bersambung pada awal dagangan minggu ini.
Paras sokongan pada 1820.00 dan 1810.00 dijangka akan menyokong harga untuk menyambung semula kenaikan selepas pembetulan harga berlaku di paras-paras tersebut.
Ekoran US dolar yang dilihat masih akan terus bergerak lemah dalam pasaran, harga emas berpotensi untuk mencapai paras lebih tinggi melepasi zon rintangan 1830.00 pada minggu ini.
Kenaikan seterusnya bakal menuju ke zon tumpuan penganalisis sebelum ini pada ketinggian 1850.00 sekaligus mencatatkan paras terbaru 3 bulan.
Bagi penurunan di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bearish harga.
Penurunan harga akan menguji zon sokongan pada 1800.00 sebelum kejatuhan harga lebih rendah di bawah zon tersebut akan menjangkakan harga susut sehingga ke paras sokongan sebelum ini sekitar 1765.00 dan 1745.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG