Dagangan emas beri isyarat positif untuk pelabur pada sesi Asia pagi ini apabila meningkat dari paras harga $1,800 ke paras $1,810 bersambung ke awal sesi Eropah.
Namun, situasi ini sebenarnya belum cukup untuk memberi keyakinan bagi kenaikan lebih tinggi disebabkan pergerakan mendatar harga emas telah berlarutan beberapa minggu.
Walaupun dilihat agak bergelut untuk meneruskan kenaikan, emas masih kekal bertahan di atas paras $1,800 yang menjadi paras sokongan penting harga.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan harga emas telah berlegar di atas paras 1800.00 selama 3 minggu berturut-turut dengan paras tertinggi dicapai setakat 1834.00.
Berkemungkinan pelabur akan melihat arah pergerakan harga emas yang lebih jelas selepas keputusan mesyuarat FOMC pada awal Khamis ini yang akan memacu mata wang US dolar dan turut mempengaruhi nilai emas dalam pasaran.
Kenaikan awal harga emas dijangka untuk menguji zon rintangan sekitar 1820.00 terlebih dahulu sebelum menguji pula paras ketinggian dicapai 2 minggu lalu pada 1834.00.
Melepasi paras-paras tersebut barulah kenaikan lebih tinggi harga emas akan dicatatkan dengan jangkaan untuk menuju ke zon SBR (support become resistance) tumpuan pada 1850.00.
Sekiranya harga emas menunjukkan penurunan kembali di bawah paras 1800.00, situasi ini akan menjadi kebimbangan bagi para pelabur sebagai isyarat awal permulaan kejatuhan harga emas semula.
Untuk penurunan lebih rendah, beri perhatian pada paras-paras tumpuan harga sebelum ini sekitar 1765.00 dan juga 1745.00.
Trend bearish yang jelas akan mendorong sasaran kejatuhan harga emas sehingga boleh mencecah ke paras 1700.00 semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI