Harga emas kembali susut sekitar $30 daripada paras ketinggian yang dicapai pada penghujung minggu lalu sekitar $1,814 per auns selepas lonjakan yang dipamerkan.
Emas gagal bertahan di atas paras $1,800 yang berjaya ditembusi pada Jumaat lalu sebelum kembali jatuh semula di bawah paras tersebut pada dagangan awal minggu ini.
Sentimen pasaran yang bercampur-campur minggu ini akan membuatkan arah pergerakan harga emas semakin kabur dan pelabur akan terus berwaspada menantikan isyarat yang lebih jelas.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam dilihat kenaikan harga emas sekadar menyentuh paras 1800.00 sebelum menjunam semula di sesi New York ke paras 1785.00.
Selepas jatuh ke paras sekitar tersebut, pergerakan harga emas perlahan sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).
Namun pelabur terus gelisah ekoran petunjuk corak bearish harga pada carta XAU/USD susulan harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Penurunan awal harga bakal dijangkakan ke paras sekitar 1780.00 sebelum harga yang meneruskan penurunan bakal kembali mensasarkan semula zon support pada 1760.00.
Jika kenaikan harga emas berjaya dipamerkan, paras 1800.00 akan menjadi rintangan penting yang akan diuji sekali lagi selepas gagal melepasinya semalam.
Kenaikan yang berjaya melepasi zon tersebut akan memberi isyarat positif bagi perubahan trend bullish untuk emas.
Paras ketinggian dicapai penghujung minggu lalu akan diuji terlebih dahulu sebelum kenaikan ke paras lebih tinggi yang diteruskan akan ke paras sekitar 1830.00 pula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG