Dagangan emas kembali bergerak stabil pada awal minggu ini selepas menutup dagangan minggu lalu dengan penurunan nilai.
Seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga susut semula dari paras ketinggian 1875.00 ke bawah paras 1850.00.
Pasaran kini tertumpu pada pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) oleh Presiden Joe Biden yang bernilai $1.9 trilion.
Pelabur turut berwaspada menjelang keputusan Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC awal Khamis ini dengan jangkaan kenyataan bernada lebih dovish.
Pergerakan harga emas perlahan di sesi Asia untuk pembukaan pasaran minggu ini namun berada di atas paras 1850.00 dengan paras tersebut juga diuji pada awal dagangan sesi Eropah.
Jika harga berjaya melonjak semula meneruskan kenaikan, paras rintangan pada 1875.00 akan diuji semula namun harga perlu melepasi paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga terlebih dahulu.
Trend bullish harga selanjutnya akan mendorong pelabur menyaksikan kenaikan harga sehingga ke paras tumpuan 1900.00 semula.
Namun jika harga bergerak lebih rendah, paras sokongan pada penghujung minggu lalu sekitar 1840.00 akan diuji sebelum penurunan lebih rendah akan menuju zon support 1820.00.
Penurunan lebih rendah seterusnya akan tertumpu kembali pada paras 1800.00 yang akan menjadi paras sokongan buat harga emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI