Pasti rama pelabur yang kecewa apabila melihat harga emas merudum teruk khususnya pada sesi pasaran New York semalam.
Pengukuhan US dolar terus memberi tekanan terhadap dagangan emas dalam pasaran dengan penurunan masih dilihat pada sesi Eropah hari ini.
Seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menjunam ke paras terendah terbaru pada sesi New York mencecah sekitar 1830.00.
Penurunan agresif nilai emas itu turut mencatatkan penurunan harian sehingga lebih 300 pips!
Sehingga penghujung sesi New York dan bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga sedikit meningkat semula namun pada kadar pergerakan yang lemah.
Namun harga dilihat telah menyambung semula penurunan sehingga bersambung dagangan pada sesi Eropah petang ini.
Paras 1830.00 yang dicecah semalam bakal ditembusi sekiranya harga mengekalkan penurunan pada trend bearish tersebut.
Seterusnya zon sokongan harga terlihat sekitar 1820.00 sebelum harga menuju paras tumpuan utama pada 1800.00.
Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, paras tumpuan harga adalah dilihat pada rintangan 1850.00 untuk harga memberikan isyarat perubahan trend bullish semula.
Pengukuhan berterusan US dolar yang dipengaruhi oleh sentimen pasaran semasa dilihat akan terus memberi tekanan terhadap dagangan emas sepanjang minggu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI