Dagangan emas menjunam $20 atau 200 pips dari paras $1,850 ke paras $1,830 berikutan laporan terbaru yang mengejutkan pasaran di sesi Asia pada pagi ini.
Ini adalah berkaitan jangkaan pakej rangsangan yang bakal diumumkan oleh bakal Presiden AS Joe Biden dengan nilai yang lebih besar iaitu $2 trilion. Nilai tersebut $700 bilion lebih banyak berbanding nilai pakej $1.3 trilion sebelum ini.
Laporan tersebut telah melonjakkan hasil perbendaharaan AS sekaligus mendorong pengukuhan lanjut nilai mata wang US dolar dalam pasaran.
Disebabkan itu harga pada carta XAU/USD dilihat menjunam pada sesi Asia hari ini selepas pergerakan mendatar harga dipamerkan beberapa hari.
Penurunan semula harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA5) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat trend bearish buat dagangan emas.
Harga berkemungkinan untuk turun lebih rendah menguji zon support mingguan yang dicecah pada Isnin sekitar 1820.00.
Penurunan lebih rendah akan menuju ke paras tumpuan harga sebelum ini iaitu pada zon 1800.00.
Namun kenaikan kembali harga di atas paras 1850.00 akan memberi isyarat awal untuk lonjakan semula harga emas.
Kenaikan harga semula akan mendorong zon harga 1900.00 sebagai paras tumpuan utama oleh para pelabur.
Pelabur akan lebih berwaspada menantikan arah pergerakan harga yang lebih jelas selepas pengumuman pakej ekonomi oleh Joe Biden hari ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI