Momentum kenaikan harga emas sedikit suram pada dagangan Selasa semalam apabila trend bullish harga sejak awal minggu perlahan semula di paras $1,800.
Pelabur tetap berwaspada dengan pergerakan mendatar yang dipamerkan logam kuning itu walaupun masih optimis untuk harga meningkat lebih tinggi pada minggu ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan harga yang mencapai paras ketinggian pada 1815.00 pada sesi Asia semalam kembali susut semula ke paras sokongan 1800.00.
Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam juga berfungsi sebagai sokongan dinamik yang menghalang kejatuhan lebih rendah.
Pelabur melihat kenaikan harga emas akan disokong oleh faktor penyusutan US dolar yang bakal berterusan setelah Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell memaklumkan bahawa bank pusat tidak akan meningkatkan kadar faedah.
Kenaikan harga yang dijangkakan akan menguji zon SBR (support become resistance) 1820.00 dan harga yang berjaya melepasi zon tersebut bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju paras rintangan 1850.00.
Namun pelabur tetap berhati-hati sekiranya harga mula berikan isyarat untuk kejatuhan nilai emas ke paras lebih rendah semula.
Zon RBS (resistance become support) pada 1785.00 akan menjadi paras tumpuan terhampir sebelum harga menguji pula paras support 1765.00 jika penurunan diteruskan.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI