Dagangan emas dalam pasaran mula perlahan semula selepas pergerakan drastik harga dipamerkan pada penghujung minggu lalu bersambung ke awal pembukaan pasaran minggu ini.
Selepas harga menjunam susulan reaksi pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu, emas terus memberi kejutan pada pembukaan sesi Asia pagi Isnin apabila ‘menyelam’ lebih dalam ke bawah paras harga $1,700.
Namun, sejurus selepas terjunan tersebut, harga emas emas paparkan pemulihan semula. Walaupun peningkatan harga tidak begitu menggembirakan pelabur, namun memberikan sedikit kelegaan sementara.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga telah melonjak semula dari paras 1700.00 sehingga ke zon harga 1750.00 pada Isnin lalu.
Namun, pergerakan harga mula menunjukkan penurunan yang lemah dan mendatar pada dagangan Selasa semalam sementara pelabur nantikan pula data inflasi AS yang turut menjadi rujukan bank pusat dalam penetapan dasar monetari.
Pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD, harga dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk berikan isyarat bagi pergerakan seterusnya.
Sekiranya paras tersebut terus menghalang harga membuat kenaikan, berkemungkinan penurunan harga akan bersambung semula menuju ke zon support 1700.00-1680.00.
Namun jika harga masih cuba untuk meningkat semula, zon tumpuan seperti 1745.00 dan 1765.00 akan kembali menjadi tarikan harga untuk diuji.
Kenaikan lebih tinggi akan memberi isyarat trend bullish semula untuk dagangan emas dengan jangkaan sasaran menuju kembali ke zon SBR (support become resistance) 1800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG