Dagangan emas nampaknya lebih memberi aksi mengerikan dengan lonjakan agresif sehingga mencatat pendakian melebihi 300 pips pada penghujung dagangan minggu lalu (Jumaat) sebelum kembali susut.
Peningkatan mendadak itu dilihat telah menerima dorongan daripada tekanan inflasi yang meningkat sejak kebelakangan ini serta kekal menjadi tarikan pelabur meskipun suasana pasaran masih berisiko.
Walau bagaimanapun, pendakian harga itu telah diranapkan oleh pengukuhan USD susulan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang menyuarakan mengenai pelaksanaan ‘tapering’.
Meninjau kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya telah pamer kenaikan sehingga berjaya menembusi zon rintangan 1800.00 untuk mencapai paras 1813.00.
Namun setelah sahaja mencapai paras tersebut, pergerakan harga emas terus tergelincir untuk cecah semula zon RBS (resistance become support) 1780.00 dan paras rintangan Moving Average 50 (MA50).
Trend harga juga dilihat kembali melonjak selepas mencecah paras MA50 itu pada penghujung sesi bagi menguji semula zon rintangan 1800.00 dan bersambung ke pembukaan sesi dagangan minggu ini (Isnin).
Sekiranya kenaikan harga emas berjaya dipertahankan, kebarangkalian harga emas dijangka akan sekali lagi mencuba paras 1813.00 dan tidak mustahil untuk harga menuju ke zon rintangan 1830.00 pula.
Zon rintangan tersebut juga adalah merupakan zon yang paling kukuh untuk dirobek yang mana zon itu sentiasa mengekang daripada lonjakan harga yang lebih tinggi sejak Julai meskipun sering kali diuji.
Manakala jika pergerakan harga kembali mencantas aksi cemerlang, trend penurunan akan menyaksikan harga bakal mencecah semula zon RBS (resistance become support) 1780.00 sebelum jatuh lebih parah.
Penurunan yang drastik akan melihat harga menjunam ke zon RBS seterusnya pada 1760.00 dan akan melepasi paras halangan MA50 bagi memberi isyarat awal untuk harga menampilkan perubahan trend.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG