Menambahkan kegusaran buat pelabur emas apabila komoditi berharga itu semakin susut semalam sehingga ke paras $1,800 semula.
Penurunan nilai emas dilihat didorong oleh faktor peningkatan semula hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dari paras 1.13% ke paras 1.24%, menyokong pergerakan US dolar menjelang laporan pekerjaan NFP AS yang menjadi tumpuan hari ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan penurunan harga semalam jatuh di bawah zon sokongan harga 1810.00 dan menguji paras 1800.00 pada zon RBS (resistance become support).
Pergerakan harga emas di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat awal untuk permulaan trend bearish.
Walaupun harga sedikit meningkat semalam selepas menguji paras 1800.00, bersambung pada dagangan Jumaat harga kembali semula susut ke paras tersebut.
Zon 1800.00 menjadi zon penting yang akan menentukan arah pergerakan selanjutnya harga selepas dagangan beberapa minggu ini berjaya untuk membendung kejatuhan lebih rendah. Namun, adakah situasi sama akan berulang lagi pada malam ini?
Sekiranya harga menjunam lebih rendah di bawah zon 1800.00 tersebut, penganalisis memberi amaran untuk pelabur bersedia bagi kejatuhan lebih rendah emas sehingga ke paras sekitar 1765.00 dan juga 1745.00 yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Malah, penurunan harga yang berterusan boleh mencecah semula pada zon tumpuan 1700.00.
Namun, jika zon 1800.00 sekali lagi menjadi penyelamat yang mlonjakkan semula harga, harga bakal menuju kembali ke zon rintangan 1830.00 selepas lonjakan melepasi 1810.00.
Kenaikan lebih tinggi harga seterusnya bakal menuju zon SBR (support become resistance) tumpuan 1850.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG