Seperti yang dibimbangi oleh para pelabur emas, nilai logam kuning itu kembali bergerak di bawah paras harga $1,800 semula bersambung pada dagangan hari ini (Selasa).
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan kenaikan yang dipamerkan semalam sekadar menguji paras ketinggian pada Jumaat lalu sekitar 1810.00 sebelum kembali membuat penurunan semula.
Mengakhiri dagangan sesi New York di bawah paras 1800.00, harga yang juga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) membuatkan pelabur berhati-hati untuk isyarat awal trend bearish.
Pergerakan US dolar yang mempengaruhi nilai emas juga dilihat lemah pada awal minggu sementara pelabur masih menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.
Keputusan mesyuarat dijangka akan memberikan petunjuk arah pergerakan harga emas yang lebih jelas selepas ini.
Penurunan harga akan dijangkakan menuju semula ke paras 1765.00 sebelum ke paras 1745.00 yang menjadi paras tumpuan harga pada dagangan terdahulu.
Untuk trend bearish, penganalisis menjangkakan nilai komoditi ini boleh kembali mencecah ke paras $1,700 semula.
Sekiranya harga berjaya pulih semula untuk meningkat di atas paras 1800.00, paras rintangan sekitar 1820.00 dan 1830.00 akan diuji semula.
Kenaikan lebih tinggi akan menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1850.00 semula selepas harga jatuh di bawah zon tersebut pada 5 minggu yang lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI