Menyelidik kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD nampaknya masih tidak berupaya untuk kekal di zon rintangan 1800.00 setelah dikucar-kacirkan oleh beberapa sentimen.
Pergerakan harga dilihat kembali rancak pada awal sesi New York semalam (Khamis) untuk mendaki ke paras 1810.00 namun ia ditendang semula untuk pamerkan penurunan sehingga menguji paras 1790.00.
Namun trend harga tampaknya meningkat semula untuk menutup sesi dagangan Khamis di paras sekitar 1800.00 sebelum susut lebih ketara pada sesi Asia bersambung ke sesi Eropah pada hari ini (Jumaat).
Lonjakan berkenaan telah pun dipengaruhi oleh penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar Amerika Syarikat (AS) yang menjunam lebih rendah dari jangkaan dan terus memacu harga emas untuk menokok.
Walau bagaimanapun, peningkatan harga emas itu dibantutkan oleh kenaikan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang tidak memberi reaksi ekoran data ekonomi yang suram untuk kembali capai paras 1.60%.
Pelabur juga dijangka bakal mengambil langkah berjaga-jaga susulan penutup dagangan di penghujung Oktober yang berkemungkinan tinggi akan berlaku sedikit aktiviti pengambilan untung (profit taking).
Jikalau harga emas terus menerima tekanan daripada USD, kebarangkalian harga boleh untuk kembali mencecah zon RBS (resistance become support) 1780.00 yang sering kali menyokong lonjakan harga.
Penurunan lebih ketara dari zon tersebut dijangka bakal menyaksikan pergerakan harga menuju pula ke zon RBS selanjutnya pada 1760.00 dan akan memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bearish.
Andai kata harga berjaya untuk kembali mendaki, zon rintangan 1800.00 mungkin akan dicapai terlebih dahulu sebelum jangkaan harga mampu untuk menciptakan paras tertinggi terbaharu dalam 7 minggu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG