Pengukuhan US dolar selepas keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi pastinya tidak digemari oleh para pelabur emas apabila komoditi berharga itu terus mengalami penyusutan nilainya.
Perhatikan apa yang terjadi pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Selepas mesyuarat FOMC, harga emas menjunam dari paras 1862.00 sehingga hampir mencecah semula ke paras tumpuan 1800.00.
Terjunan sekitar 600 pips itu atau hampir $60 penyusutan nilai pastinya mengecewakan ramai pelabur emas.
Sebelum ini, harga sudah dilihat gagal untuk meneruskan kenaikan melepasi zon rintangan harga 1900.00, namun dengan penurunan yang dipamerkan ini menguatkan lagi isyarat pergerakan harga emas dalam trend bearish.
Selepas kembali bergerak perlahan bersambung pada sesi Asia hari ini dan sedikit meningkat ke paras sekitar 1824.00, harga dilihat menyambung semula penurunan pada awal sesi Eropah menuju ke paras 1800.00 pada zon RBS (resistance become support).
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk melepasi paras 1800.00 sebelum menuju ke paras tumpuan seterusnya sekitar 1765.00.
Paras tersebut dilihat sebagai zon support harga ketika menyokong harga naik semula selepas penurunan yang dibuat pada dagangan penghujung April lalu.
Untuk situasi kenaikan harga pula, paras 1850.00 pada zon SBR (support become resistance) dilihat akan menjadi rintangan penting sebelum harga emas mampu memberikan isyarat untuk trend menaik semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI