Dagangan emas semakin menunjukkan pemulihan pada penghujung minggu dengan peningkatan harga yang dipaparkan semakin menghampiri semula paras $1,800.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga sebelum ini dilihat telah menjunam sebaik sehaja mencapai paras 1800.00 minggu lalu.
Penurunan harga walau bagaimanapun disokong pada zon harga 1765.00 untuk beransur-ansur meningkat semula sejak awal minggu.
Emas dilihat lebih menjadi tarikan pelabur dalam suasana pasaran yang masih berisiko walaupun US dolar juga telah kembali mencatatkan pemulihan semula.
Jika diteliti pergerakan harga, paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dilihat menyokong corak bullish untuk emas meneruskan peningkatan pada penghujung minggu.
Selepas harga mendatar pada paras 1780.00 dan juga menguji paras MA50 pada sesi New York semalam, harga telah menyambung kenaikan sehingga ke paras sekitar 1794.00 setakat sesi Eropah hari ini.
Jika momentum kenaikan tersebut berjaya dikekalkan, pelabur sekali lagi akan melihat paras tumpuan 1800.00 akan kembali diuji.
Lonjakan lebih kukuh harga emas yang berjaya melepasi paras 1800.00 akan merekodkan paras ketinggian terbaru emas untuk tempoh dagangan 5 minggu.
Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula, paras sokongan yang menjadi tumpuan semalam pada 1780.00 diharapkan pelabur untuk kekal menyokong semula kenaikan harga.
Namun jika penurunan harga gagal dikekang, zon support tumpuan harga seterusnya dilihat pada 1765.00 seperti yang diuji pada awal minggu ini.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG