Selepas menanti sejak awal minggu, pelabur emas dikecewakan oleh keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi berikutan kenyataan bernada hawkish telah menyokong pengukuhan US dan menekan nilai emas untuk susut semula dalam pasaran.
Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell telah memberi isyarat untuk melaksanakan pengurangan pembelian bon (tapering) di samping kadar faedah dijangka bakal dinaikkan pada tahun hadapan.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan lonjakan awal harga menguji rintangan 1785.00 pada zon SBR (support become resistance).
Kemudiannya harga emas menjunam semula menuju zon RBS (resistance become support) pada 1765.00 sebelum pergerakan harga perlahan pada zon tersebut bersambung pada dagangan hari ini (Khamis).
Selepas harga jatuh semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, pelabur akur untuk menyaksikan pergerakan bearish pada carta XAU/USD sehingga ke minggu berikutnya.
Penurunan harga bakal menuju semula ke paras support terhampir pada 1745.00 yang masih menyokong harga daripada susut lebih rendah sejak penghujung minggu lalu.
Penurunan di bawah paras tersebut akan mendorong jangkaan harga emas akan kembali semula susut ke zon support utama pada 1700.00.
Namun jika dagangan emas berjaya menyerap tekanan pengukuhan US dolar dan meningkat semula, zon SBR 1785.00 akan kembali diuji di penghujung minggu.
Kenaikan lebih tinggi untuk pergerakan trend bullish emas akan menuju ke paras tumpuan sebelum ini pada 1800.00.
Pelabur akan lebih berwaspada mengawal risiko dagangan bagi emas khususnya pada penghujung minggu dengan sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG