Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun kembali melonjak dengan gah untuk melepasi paras 1.57% dan secara tidak langsung telah memangkin matawang US dolar untuk pamer penguasaan dalam pasaran.
Selain itu, krisis Evergrande yang dilihat masih menghantui para pelabur antara menjadi faktor yang menyumbang kepada pengukuhan USD dalam mencapai semula rekod tertinggi 1 tahun.
Penerbitan data laporan pekerjaan ADP NFP AS pada sesi New York malam ini akan menjadi perhatian pelabur bagi memperlihatkan petunjuk kepada laporan data pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada Jumaat.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD, pergerakan harga emas telah menyusut melebihi 200 pips atau $20 setelah harga gagal menembusi paras rintangan 1770.00 untuk terbang lebih tinggi.
Penurunan yang telah dipamerkan juga serba sedikit memberi bayangan untuk harga emas kembali membuat corak downtrend dan berkemungkinan akan susut ke paras yang lebih rendah.
Zon RBS (resistance become support) 1740.00 masih kekal menjadi zon utama untuk diuji yang mana ia merupakan zon yang paling utuh dalam menyokong lonjakan harga pada sebelum ini.
Sekiranya penurunan lebih rendah dilanjutkan menembusi zon RBS tersebut, pergerakan trend bearish yang lebih jelas dilihat akan menuju semula paras terendah minggu lalu iaitu pada zon sekitar 1720.00.
Namun kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi dan harga tenaga yang lebih tinggi dijangka akan menyokong pergerakan harga emas untuk kembali mempamerkan lonjakan harga.
Kenaikan yang lebih tinggi berkemungkinan akan menuju semula zon SBR (support become resistance) 1760.00 yang mana zon tersebut masih lagi kekal membendung harga emas melonjak lebih agresif.
Menembusi zon SBR 1760.00 pada kenaikan yang diteruskan dijangka akan memacu pergerakan harga emas kembali menguji zon SBR selanjutnya pada paras 1780.00 yang akan memberi isyarat awal perubahan trend yang jelas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG