Harga emas masih bertahan untuk berlegar di atas paras $1,800 untuk 3 minggu berturut-turut selepas lonjakan harga melepasi paras itu pada awal Julai.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan penurunan harga di awal minggu menguji zon support 1800.00.
Namun, harga gagal tembus lebih rendah sebelum melonjak semula sehingga mencatatkan paras ketinggian sekitar 1825.00 pada Selasa semalam.
Namun kenaikan harga tidak bertahan lama apabila harga susut semula untuk menutup dagangan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD bagi isyarat bearish.
Sesi Asia pagi ini pula melihatkan harga emas perlahan kemudiannya sedikit meningkat di awal sesi Eropah ke paras 1813.00, menguji halangan MA50 namun gagal untuk tembusinya.
Harga mula susut kembali dijangka akan ke paras 1800.00 untuk menguji zon tersebut seperti situasi awal minggu.
Sekiranya zon tersebut masih mampu membendung harga daripada jatuh lebih rendah, pelabur boleh menarik nafas lega dan kekal dengan jangkaan untuk harga emas terus mencatatkan paras ketinggian terbaru.
Paras 1830.00 yang dicapai pada minggu lalu perlu diuji untuk harga meneruskan kenaikan menuju zon SBR (support become resistance) pada 1850.00.
Namun jika harga jatuh semula di bawah paras 1800.00, paras tumpuan sebelum ini sekitar 1765.00 dan 1745.00 dilihat akan kembali menjadi zon tarikan harga.
Pantau paras-paras penting harga emas serta sentimen semasa yang mempengaruhi pergerakan emas semasa.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI