Julat pergerakan harga emas dilihat semakin mengecil selepas pelabur mendapat isyarat yang lebih jelas bahawa momentum pengukuhan US dolar telah berakhir selepas ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell mengenai dasar monetari.
Seperti yang dipaparkan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan harga dari paras 1765.00 di awal minggu gagal melepasi paras 1790.00 sehingga setakat dagangan Selasa semalam.
Harga mula susut semula dan mendatar di atas paras 1770.00 bersambung pada dagangan hari ini (Rabu).
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan pelabur yang akan diterbitkan pada sesi New York sebentar lagi untuk melihat reaksi pergerakan US dolar selanjutnya dan turut memberi kesan pergerakan nilai emas.
Jika penurunan harga berlaku semula, zon support pada 1765.00 akan kembali diuji semula yang dilihat akan sebagai paras yang akan menyokong semula kenaikan harga.
Sekiranya harga terus menjunam lebih rendah di bawah paras tersebut, paras sasaran seterusnya adalah pada 1745.00 dan 1720.00.
Untuk kenaikan harga pula, paras 1800.00 akan menjadi rintangan buat harga yang akan menghalang kenaikan lebih tinggi.
Namun, jika harga berjaya untuk terus melonjak, pelabur bakal menjangkakan kenaikan harga emas menuju semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1850.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI