Fokus kini terus beralih arah kepada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang bakal dikeluarkan pada Jumaat dalam memainkan aspek yang penting dalam mempengaruhi trajektori dagangan emas.
Terbitan data inflasi AS tersebut secara tidak langsung akan memberi impak kepada keputusan yang bakal dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) dalam melakukan langkah peningkatan kadar faedah.
Bacaan yang positif dijangka bakal merencatkan usaha emas daripada terus melonjak meskipun pada ketika ini ketegangan geopolitik yang berlaku telah menyumbangkan kepada kenaikan aset logam itu.
Pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD sepertinya sedang memulakan rentak garang setelah harga menampil lonjakan pada sesi New York Selasa sehingga penghujung sesi.
Lonjakan itu turut memperlihatkan kesinambungan di dagangan hari ini (Rabu) untuk berlegar-legar di atas zon RBS (resistance become support) 1780.00 serta paras halangan Moving Average 50 (MA50).
Keadaan ini tentunya boleh dikatakan seakan memberi isyarat awal kepada perubahan trend setelah harga membentuk corak morning star pada timeframe mingguan yang memacu kepada trend bullish.
Oleh itu zon SBR 1800.00 yang sering kali menjadi tumpuan pada sebelum ini bakal kekal menjadi zon yang akan dicapai terlebih dahulu sebelum pelabur menyaksikan trend bullish yang lebih ketara lagi.
Menembusi zon SBR berkenaan sama sekali boleh menyokong pergerakan harga emas mencapai ke sasaran seterusnya yang diperhatikan pada zon SBR 1830.00.
Namun sebaliknya jikalau harga kembali memperoleh tekanan untuk terus membuat penurunan, zon RBS 1780.00 sudah tentunya akan sekali lagi diatasi sebelum dijangka mampu menjejaki zon 1760.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG