Dolar greenback dan hasil bon Amerika Syarikat (AS) 10 tahun mempamerkan sedikit peningkatan pada sesi Asia dan bersambung ke sesi Eropah hari ini (Selasa) telah mendorong harga emas untuk menyusut.
Selain itu, penerbitan laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat akan menjadi kunci utama untuk memberi petunjuk kepada Federal Reserve (Fed) dalam membuat keputusan dasar polisi bank pusat.
Ekoran daripada faktor tersebut, pelabur masih lagi dilihat mengambil langkah berjaga-jaga terhadap data NFP yang bakal diterbitkan serta data PMI perkhidmatan tinjauan ISM pada malam ini.
Pembukaan sesi New York pada malam ini dijangka bakal merancakkan harga emas di kala ketidaktentuan pergerakan semasa dolar greenback yang masih dipengaruhi oleh isu Evergrande.
Menilai kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pergerakan harga emas kekal tersekat di zon SBR (support become resistance) 1760.00 untuk meneruskan kenaikan.
Sekiranya USD kembali memaparkan penyusutan, kemungkinan ia bakal mengundang kembali jangkaan untuk harga emas berupaya menembusi zon SBR 1760.00 setelah 7 hari masih gagal ditembusi.
Lonjakan yang lebih ketara akan menampilkan pergerakan harga emas menuju ke zon SBR seterusnya sekitar 1780.00 sebelum menguji zon resistance 1800.00 bagi mengekalkan trend bullish.
Jika trend penurunan kembali tercetus, harga berkemungkinan akan menguji semula zon RBS (resistance become support) 1740.00 sebelum dinilai oleh para pelabur bagi menentukan pergerakan selanjutnya.
Namun penurunan yang lebih susut dijangka akan melihat pergerakan harga emas kembali mencecah zon sokongan 1720.00 yang juga merupakan paras terendah yang dicapai pada minggu lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG