Momentum lonjakan harga emas pada awal minggu ini mula perlahan apabila US dolar juga dilihat mengukuh pada sesi New York semalam.
Sebelum ini, faktor penyusutan US dolar jelas memberi ruang untuk harga emas melonjak tinggi melepasi paras $1,800 yang gagal ditembusi setelah diuji beberapa minggu.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat harga juga turut meningkat tinggi ketika laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat lalu.
Penganalisis pasaran kini menjangkakan untuk harga emas mencapai paras ketinggian 1850.00 pula yang menjadi paras rintangan pada dagangan Februari lalu.
Dagangan yang bersambung pada Selasa, harga dilihat mendatar dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Jika harga masih bergerak di atas paras sokongan tersebut, harga dijangka akan menyambung semula kenaikan harga sebelum ini.
Melepasi paras 1850.00, kenaikan lebih tinggi dijangkakan untuk mencapai pula paras sekitar 1875.00 untuk rekod tertinggi harga 4 bulan.
Namun jika harga susut semula, harga dilihat akan berlegar di zon 1820.00 terlebih dahulu sebelum penurunan lebih rendah akan kembali semula ke zon RBS (resistance become support) 1800.00.
Reaksi harga pada zon 1800.00 tersebut akan menentukan arah pergerakan harga emas selanjutnya sama ada akan meneruskan kenaikan semula atau jatuh lebih rendah.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI