Penggemar komoditi emas masih berpuas hati dengan corak kenaikan harga yang dipaparkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Tahukah anda, sejak April lalu harga emas telah meningkat sekitar $200 sehingga setakat hari ini?
Mari perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Jika diteliti, penurunan harga emas sejak awal Januari telah menggusarkan para pelabur yang berterusan selama 3 bulan beturut-turut.
Namun, pada Mac penurunan harga telah disokong pada paras 1680.00 dan masih gagal ditembusi setelah diuji sebanyak 2 kali.
Seterusnya pada awal April harga telah melonjak di atas paras 1700.00 dan situasi kenaikan harga emas berterusan sehingga Mei mencapai paras sasaran 1900.00 minggu lalu.
Faktor utama mendorong situasi tersebut adalah penyusutan pada nilai US dolar sehingga pelabur beralih kepada emas sebagai aset lindung inflasi.
Ketika dagangan April, paras 1800.00 menjadi halangan buat harga emas sebelum kenaikan melepasi paras tersebut memudahkan laluan emas menuju paras 1900.00 minggu lalu.
Masih lagi menunjukkan isyarat untuk perubahan trend harga, nilai emas disasarkan untuk mencapai paras terbaru pada 1950.00 pula.
Kenaikan berkemungkinan boleh dicapai pada minggu dengan jangkaan US dolar untuk terus melemah menuju penghujung minggu berikutan pelabur waspada menjelang laporan data pekerjaan NFP AS.
Namun, situasi pengukuhan awal US dolar pada penghujung minggu lalu turut membuatkan pelabur berjaga-jaga sekiranya US dolar bakal mengukuh semula selepas ini.
Jika penurunan harga berlaku, paras tumpuan adalah pada 1875.00 dan paras sokongan pada 1850.00.
Seterusnya, zon RBS (resistance become support) pada 1800.00 akan kembali menjadi zon tumpuan bagi menentukan arah pergerakan emas selanjutnya.
Teliti carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI