Pelabur emas positif terhadap dagangan logam kuning itu pada minggu ini selepas kenaikan harga yang mencatatkan paras tertinggi 7 minggu pada minggu lalu.
Kenaikan harga emas telah disokong oleh faktor penyusutan US dolar yang berterusan dalam pasaran sehingga penghujung minggu.
Walaupun data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) pamerkan bacaan baik, pelabur tetap memberi tumpuan terhadap kenyataan polisi monetari oleh Federal Reserve (Fed) dengan jangkaan pelonggaran polisi akan dikekalkan.
Sementara, hasil perbendaharaan 10 tahun juga masih bergerak lemah setelah jatuh di bawah paras 1.60%.
Pada minggu lalu, dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, zon 1765.00 menjadi rintangan tumpuan harga.
Namun, setelah zon tersebut diuji harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi dan menutup dagangan minggu lalu sekitar paras 1783.00.
Bergerak perlahan pada sesi untuk menyambung dagangan minggu ini, harga emas dilihat semakin meningkat pada sesi Asia mengatasi paras ketinggian yang dicapai minggu lalu.
Kenaikan harga semakin hampir untuk menuju paras tumpuan yang dijangkakan penganalisis sebelum ini iaitu di paras 1800.00.
Jika harga membuat penurunan, paras sokongan terbaru harga dilihat pada zon RBS (resistance become support) 1765.00.
Penurunan di bawah zon tersebut akan memberi isyarat untuk permulaan trend bearish bagi dagangan emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI