Memerhati carta pergerakan harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya kembali mencatatkan kenaikan setelah bergerak perlahan pada Khamis berikutan ‘Thanksgiving Day’.
Corak harga juga dilihat telah didagangkan sendu pada penghujung sesi New York semalam sebelum kembali memaparkan semula lonjakan pada dagangan yang bersambung di awal sesi Asia pagi Jumaat.
Lonjakan tersebut secara tidak langsung telah menguji zon SBR (support become resistance) 1800.00 dan menyaksikan reaksi junaman pada sesi Eropah hari ini untuk kekal berlegar-legar di dalam zon itu.
Dagangan emas nampaknya memperoleh manfaat setelah hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) memberi kejutan dengan kejatuhan agresif selepas hampir mencapai ke paras 1.70% di awal minggu.
Pelabur turut masih lagi berjaga-jaga terhadap kenyataan hawkish pada minit mesyuarat FOMC yang boleh menjadi pemangkin yang jelas untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah lebih awal.
Bukan itu sahaja, kebarangkalian untuk berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) di ketika dagangan menuju ke penghujung minggu serta menghampiri ke penutup pergerakan bulan November.
Penganalisis menjangkakan bahawa pergerakan harga emas berkemungkinan akan terlebih dahulu uji zon SBR seterusnya pada 1830.00 sebelum dikukuhkan dengan jangkaan mampu untuk terus mendaki.
Langkah pendakian yang lebih agresif akan melihat harga menuju ke zon SBR 1850.00 dan yang sama sekali bakal membuat perubahan trend bullish untuk sekali lagi menggapai ke zon rintangan 1880.00.
Jika dagangan emas terus menerima tekanan daripada dolar greenback, zon RBS (resistance become support) 1780.00 atau boleh dianggap sebagai paras sokongan pada minggu ini untuk kembali dicecah.
Kemampuan untuk menyusut lebih parah pula bakal menyaksikan pergerakan harga menjejaki ke zon sokongan 1760.00 yang mana zon tersebut pernah menyokong semula lonjakan pada awal November.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG