Pergerakan harga emas menunjukkan corak peningkatan untuk dagangan Selasa walaupun masih berada dalam trend bearish.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat harga berlegar pada zon tumpuan dengan paras 1680.00 menjadi paras sokongan harga.
Penurunan harga yang menguji paras tersebut kembali pamerkan kenaikan semula pada sesi Asia pagi ini menuju ke paras 1700.00.
Kenaikan harga yang melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga berkemungkinan akan memberi isyarat awal perubahan trend harga emas semula.
Sebelum ini juga, penganalisis turut melihat zon 1700.00-1680.00 sebagai zon sokongan untuk harga melonjak semula jika gagal meneruskan penurunan lebih rendah.
Namun, situasi pengukuhan US dolar sejak minggu lalu sehingga bersambung di awal minggu dilihat terus memberi tekanan terhadap nilai emas semasa.
Jika US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan dan menekan harga lebih rendah, trend bearish akan diteruskan dan harga boleh jatuh lebih rendah di bawah paras 1680.00.
Dengan mencatatkan paras terendah terbaru 9 minggu, jangkaan harga bakal meneruskan penurunan ke paras sekitar 1660.00 atau lebih rendah lagi.
Namun sekiranya harga berjaya melonjak lebih tinggi dengan isyarat perubahan trend bullish, paras rintangan terhampir dilihat pada 1720.00 sebelum ke zon SBR (support become resistance) 17650.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI