Emas didagangkan stabil pada sesi Asia setelah menjunam ke paras terendah dua bulan pada sesi sebelum ini yang didorong oleh dagangan US dolar yang kukuh.
Spot emas kembali meningkat di sekitar $1,761 per auns, selepas jatuh ke paras terendah sejak April iaitu pada $1,750 per auns. Niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,763 per auns.
Harga emas kini berada di landasan untuk mencatatkan kerugian terburuk bulanan sejak November 2016, selepas didorong oleh pengumuman dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang bernada hawkish.
Sementara itu dalam kenyataan terbaru, Gabenor Fed, Christopher Waller mengatakan bahawa beiau sangat optimis terhadap ekonomi dan bank pusat perlu mengurangkan pembelian aset secepatnya tahun ini sebelum menaikkan kadar faedah pada tahun berikutnya.
Kenyataan ini telah mendorong dolar greenback untuk terus didagangkan lebih kukuh berbanding matawang utama selain turut disokong oleh sentimen semasa dalam pasaran yang bimbang terhadap peningkatan penularan Covid-19.
Pengukuhan US dolar turut didukung oleh data keyakinan pengguna AS yang melonjak ke tahap tertinggi 16 bulan pada Jun berikutan optimisme pasaran buruh yang semakin meningkat di tengah pembukaan semula ekonomi.