Harga Bitcoin mencapai paras rekod tertinggi sepanjang masa pada hari Selasa iaitu pada harga $62,741 sehari sebelum menjelang IPO di Coinbase.
Pertukaran Matawang Kripto terbesar Amerika Syarikat disenaraikan di Nasdaq pada hari Rabu dianggap sebagai satu detik penting dan bermakna terutama dalam kalangan pelabur dan penggiat kripto.
Matawang kripto terbesar di dunia iaitu Bitcoin semakin mendapat perhatian dan penerimaan dalam arus perdana sebagai alat pelaburan dan alat pembayaran telah meningkat sebanyak 5% pada hari Selasa. Saingannya Ethereum juga mencapai paras tertinggi $ 2,205.
Firma utama termasuk BNY Mellon, Mastercard Inc dan Tesla Inc adalah antara syarikat yang telah menggunakan atau melabur dalam matawang kripto. Bitcoin sebelum ini telah mencapai paras harga $ 60,000 awal bulan lalu, didorong oleh langkah Tesla untuk membeli $ 1.5 bilion mata wang digital untuk kunci kira-kira. Selama dua minggu terakhir ini, BTC diperdagangkan dalam julat harga tersebut.
Menurut James Butterfill dari pengurus aset digital CoinShares, apabila bitcoin mencapai paras harga tertinggi yang baru maka para pelabur harus menjangkakan akan ada sesi pengambilan keuntungan.
Akhir sekali, kenaikan matawang kripto yang berlipat kali ganda ini juga didorong oleh para pelabur yang mencari aset pelaburan dengan hasil tinggi di tengah kadar faedah yang rendah.