Sejak Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC) mengemukakan tuntutan terhadap Ripple pada akhir Disember 2020, sebilangan pelabur telah menyatakan kerisauan mereka terhadap XRP.
Tidak cukup dengan peristiwa itu, pengumuman pentadbiran Joe Biden untuk mengenakan cukai yang lebih tinggi terhadap pelabur kaya menaikkan lagi kerisauan dalam kalangan pelabur.
Justeru ini satu indeks ukuran yang dipanggil “Crypto Fear and Greed Index,” ukuran yang digunakan untuk sentimen semasa dalam pasaran kripto untuk pertama kali beralih dari “Extreme Greed” (79 poin) kepada “Fear” (27) dalam masa 1 tahun.
Ukuran tersebut menunjukkan sentimen sosial yang berkaitan dengan XRP mengalami penurunan yang besar, mencapai tahap terendah sejak Mac. Namun, telah mengalami kenaikan sejak beberapa hari terakhir ini. Ini membawa indikasi bahawa permintaan terhadap XRP boleh meningkat lebih tinggi untuk minggu-minggu akan datang. Data-data lepas cenderung menujukkan harga akan meningkat ketika persepsi sosial rendah.
Carta pembahagian bekalan XRP menujukkan bahawa terdapat indikasi pembelian yang meningkat secara mendadak sejak 5 hari lepas. Platform analitik Santiment mencatat lonjakan alamat yang ketara dengan jutaan dolar dalam XRP. Dengan kata lain ‘ikan paus’ telah mula intai XRP.
Matawang krip XRP telah melonjak dari para $1.2 seunit kepada hampir $1.6 sejak 1 minggu yang lalu.