Dolar Kanada mengukuh lebih tinggi berbanding matawang US dolar pada hari Rabu namun pengukuhan dibatasi sebelum capai paras tertinggi 2 bulan yang dicatat sehari sebelumnya. Antara faktor yang mempengaruhi ialah kejatuhan harga minyak dan para pelabur masih berteka teki dalam memberi tindak balas terhadap kadar inflasi A.S
Loonie diperdagangkan 0.1% lebih tinggi pada paras dagangan 1.2454 berbanding US dolar atau 80.30 sen A.S setelah diperdagangkan dalam julat 1.2436 hingga 1.2478. Pada hari Selasa, matawang loonie telah menyentuh tahap tertinggi sejak 30 Julai pada paras dagangan 1.2430.
Harga pengguna A.S. meningkat dengan kukuh pada bulan September dan bersedia untuk terus meningkat pada bulan-bulan mendatang di tengah lonjakan kenaikan kos tenaga. Ini secara tidak langsung membuatkan pandangan the Fed terhadap kadar inflasi semakin diragui.
Disisi lain matawang yen menyusut hampir 4$ berbanding US dolar dalam tiga minggu terakhir,prestasi terburuk berbanding kumpula-10. Terdapat tanda-tanda bahawa ini hanyalah permulaan. Prospek the Fed untuk mengurangkan pembelian asetnya pada bulan hadapan, dan menyelesaikan prosesnya pembelian pada pertengahan 2022 menambahkan lagi tekanan terhadap yen dengan Bank of Japan masih mengekalkan polisi mereka.
Indeks US dolar yang mengukur matawang US berbanding enam matawang utama didagangkan susut 0.35% kepada paras dagangan 94.198 menjeang mesyuarat FOMC. Pasaran kini memberi tumpuan pada mesyuarat FOMC bagi mendapatkan lebih banyak indikasi mengenai polisi yang bakal dilaksanakan.