Kadar inflasi tahunan Kanada dilaporkan meningkat sebanyak 4.7% pada bulan Oktober, iaitu kadar tertinggi sejak Februari 2003. Dalam masa yang laporan turut menyatakan bahawa kadar inflasi turut catat peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 4.4% pada September berdasarkan laporan dari Jabatan Statistik sebentar tadi.
Bacaan bulan lalu adalah selaras dengan tinjauan penganalisis Reuters yang turut menjangkakan kadar tahunan meningkat sebanyak 4.7% pada bulan Oktober. Bacaan ini juga membawa indikasi bahawa ia lebih dari sasaran inflasi utama Bank of Canada.
Bacaan CPI biasa, dimana ia dijadikan pengukur terbaik bagi prestasi ekonomi ketika menyusut dilaporkan tidak berubah pada 1.8%.
Bank of Canada memberi isyarat bulan lepas bahawa ia boleh menaikkan kadar faedah semalamannya seawal April 2022, manakala amaran inflasi berkemungkinan meningkat lebih lanjut pada tahun ini dan akan kekal di atas sasaran sepanjang tahun hadapan.
Dolar Kanada didagangkan 0.1% lebih rendah pada paras dagangan C$1.2575 berbanding US dolar, atau 79.52 sen A.S., selepas data dikeluarkan.