Kadar inflasi tahunan Kanada dilaporkan terus meningkat pada bulan Mei kepada kadar 3.6% berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik pada hari Rabu . Ini merupakan peningkatan yang berturut-turut sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Berdasarkan tinjauan, penganalsis meramalkan kadar faedah akan mencatat pada bacaan 3.5% setahun pada bulan April iaitu naik 0.1% daripada bacaan bulan April yang mencatat bacaan 3.4%. Dengan kata lain, bacaan bulan Mei catat peningkatan 0.2% berbanding bulan sebelumnya iaitu pada bulan April.
Inflasi teras yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga meningkat kepada 2.8% setahun dan jauh mengatasi jangkaan penganalisis yang hanya mensasarkan 2.4%
Menurut Jabatan Statistik, sebeblum ini inflasi adalah terkesan disebabkan penurunan harga yang besar pada awal penularan wabak Covid-19 sehingga memberi kesan ke atas pada tingkat inflasi pengguna dari tahun ke tahun.
Kenaikan inflasi ini tidak banyak mendatangkan reaksi dalam kalangan pasaran. Pair USD/CAD didagangkan antara julat 15-20 pip sejak dari pembukaan pasaran Eropah. Setakat ini USD/CAD didagangkan pada paras harga 1.2182.
Pasaran masih menantikan lebih banyak indikasi daripada Bank Pusat Kanada mengenai polisi yang diterapkan. Tumpuan pasaran beralih kepada mesyuarat the Fed pada awal pagi Khamis ini.