Walaupun indeks utama pasaran Wall Street pamerkan peningkatan, namun pelabur masih menilai sentimen pasaran sebagai berisiko dengan kebimbangan masih tertumpu pada penularan jangkitan Covid-19 dengan kemunculan varian-varian terbaru.
Dalam situasi sentimen risk-off di penghujung minggu, mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia terus menerima tempias negatif memaparkan prestasi merosot dalam pasaran.
Jika dibandingkan dengan US dolar, dolar Aussie kembali susut semula selepas US dolar mengukuh susulan data indeks harga pengeluar AS diterbitkan dengan bacaan lebih baik berbanding jangkaan.
Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, dapat dilihat lonjakan harga berlaku pada Rabu lalu ekoran penyusutan US dolar dengan data indeks harga pengguna diterbitkan lemah, memberi ruang untuk dolar Aussie meningkat.
Kenaikan harga walau bagaimanapun gagal bertahan lama sebelum harga susut semula pada dagangan Khamis semalam.
Setelah mencapai kenaikan ke paras sekitar 0.73900, harga paparkan penurunan semula sekitar 60 pips ke paras lebih rendah.
Setelah susut semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat pergerakan bearish, harga dilihat kembali semula berlegar di sekitar zon support 0.73300 sehingga bersambung pada dagangan Jumaat.
Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menuju zon support 0.73000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.
Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, paras ketinggian mingguan pada 0.739000 akan diuji sebelum harga menuju ke zon rintangan pada 0.74000.
Paras 0.74000 tersebut merupakan zon SBR (support become resistance) yang kekal menghalang kenaikan harga melepasinya untuk tempoh 4 minggu berturut-turut sehingga ke minggu ini.
Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG