Kripto pencabar Doge iaitu Shiba Inu menjadi penantian para pelabur yang dijangka untuk kembali beraksi dalam pasaran.
Shiba Inu telah menunjukkan prestasi positifnya pada sesi dagangan bulan Ogos, menghasilkan 45% lonjakan mencatatkan paras tertinggi terbaru $0.00000888 beberapa hari yang lalu.
Menariknya, beberapa exchanger telah mula menyenaraikan Shiba Inu di platform mereka baru-baru ini, salah satunya yang popular adalah exchanger eToro.
We've listed $SHIBxM 🚀
Hit the link to see what we're talking about 💬— eToro (@eToro) July 29, 2021
Pelabur memantau pergerakan nilai Shiba Inu yang dilihat meningkat secara beransur-ansur sejak kebelakangan ini dimana nilai pasarannya juga telah meningkat secara positif.
Seterusnya, teliti pergerakan harga pada carta matawang kripto SHIB/USDT.
Pergerakan harga dilihat masih mengekalkan pergerakan harga yang positif dan sedang berusaha untuk melepasi paras rintangan $0.00000800 yang sukar ditembusi oleh SHIB.
Sekiranya SHIB berjaya melepasi paras rintangan tersebut, lonjakan lebih tinggi kemungkinan bakal berlaku dan paras SBR (resistance become support) sekitar $0.00000820 bakal menjadi sasaran seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Akan tetapi, jika pergerakan harga kembali menunjukkan corak penurunan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $0.00000780 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.
Sewaktu penulisan, SHIB didagangkan sekitar paras $0.00000799 dengan jumlah dagangan lebih $365 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada dikedudukan ke-41 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta harga SHIB/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.