Pencipta blockchain Dogecoin berjaya hasilkan non-fungible token (NFT) pertama pada awal minggu ini.
Keterujaannya dikongsi dalam laman Twitter rasmi di bawah nama pengguna @inevitable360:
First NFT Ever "Minted" on #Dogecoin Blockchain!
How can it be done? Proof on scrrens!
Dogecoin NFT "Minted" Transaction: 19aeaa88859c04a333257f1119a77438ac08feec424c6ad3645a0679c8be9882@dogecoin_devs @JRossNicoll @KBluezr @michilumin @BillyM2k @mishaboar
Opinions please 🙂 pic.twitter.com/XXrjdCXjB6
— inevitable360 (@inevitable360) December 13, 2021
Menurutnya, kos perlombongan NFT tersebut cuma bernilai 0.01 DOGE, iaitu sekitar $0.0018 (RM0.0076).
Malah, penghasilannya pula melibatkan SHA-256 dan boleh disimpan di Checksum sebagai fail JPG.
Berdasarkan respons yang diterima, komuniti Dogecoin teruja dengan perkembangan ekosistem ini kerana tidak mustahil ia akan menjadi game changer, sekaligus mengatasi Ethereum yang terkenal dengan kos perlombongan NFT yang sangat tinggi.
Ye la, jika dibandingkan dengan kos penghasilan NFT di Ethereum, bezanya menelan sehingga ratusan dolar. Tetapi di Dogecoin, tidak sampai pun $1.
Tetapi pengasas utama Dogecoin, Michi Lumin ada mencadangkan penghasilan NFT tanpa kos gas dan penggunaan tenaga yang tinggi.
Wow. Menariknya idea ini! Kalau betullah dapat direalisasikan..maka mungkin selamat tinggal Ethereum?
Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.18, susut 0.64% dalam 24 jam.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.