Balancer merupakan pembuat pasaran automatik (AMM) yang dibangunkan di blockchain Ethereum, berfungsi sebagai portfolio yang bersifat self-balancing weighted, price sensor dan pembekal kecairan.
Dilancarkan pada Mac 2020 oleh Fernando Martinelli dan Mike McDonald.
Menariknya, Balancer mempunyai ciri yang sama dengan Uniswap dan Curve, membolehkan sesiapa sahaja untuk membuat pools of token, serta menyesuaikan dirinya untuk memastikan token sama-sama berat tanpa mengira perubahan harga.
Walau bagaimanapun, satu ciri unik Balancer adalah bahawa lebih daripada satu token boleh ditambah tanpa memerlukan ETH.
Walaupun Balancer bukan protokol DeFi pertama yang menggunakan AMM, namun ia telah membawa wajah dan pendekatan baru kepada kecairan, membolehkan pembekal kecairan mempunyai lapan aset setiap pasaran dan diimbangi semula secara automatik.
Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga BAL/USDT.
Pergerakan harga dapat dilihat telah merekodkan kenaikan lebih 430% pada pasaran 2021, mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai harga $74.77 pada awal bulan Mei yang lalu.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang berusaha kembali untuk memperoleh momentum kenaikan dan sedang berlegar-legar diatas zon RBS (resistance become support) sekitar $17.7.
Para penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga BAL berjaya memperoleh momentum tersebut, ia bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $20 dimana telah diuji beberapa kali sebelum ini namun masih belum berjaya ditembusi.
Sebaliknya jika harga BAL kekal menunjukkan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) sekitar $17.7 tersebut dilihat berkemungkinan bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.
Sewaktu penulisan, BAL/USDT didagangkan pada harga sekitar $17.8 susut lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-187 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto BAL/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.