Data CryptoQuant menunjukkan berbaki 8.1 juta Ethereum (ETH) masih tersimpan di dalam simpanan pertukaran berpusat, menunjukkan matawang kedua terbesar selepas Bitcoin (BTC) telah susut sejak dua hari lalu.
Menurut penganalisis, Alex Saunders, Ether telah susut 10% pada 14 Januari dari 11 juta kepada 10 juta dalam masa 24 jam sahaja.
Penurunan jumlah aset ini merupakan kesan daripada pengeluaran ETH dari platform pertukaran dalam masa yang singkat.
Berdasarkan jumlah semasa, Sauders tidak dapat menolak kemungkinan pertukaran akan kehabisan ETH dalam masa 48 jam selepas penambahan kadar penyusutan 20%.
Data lain yang diterima turut membawa bukti menunjukkan baki ETH di pertukaran telah susut 42.5% sejak pertengahan Mei 2020. Menurut Glassnode, ini kali pertama jumlah Ether susut pada tahap terendah sejak Julai 2018.
Ketika penulisan, hanya berbaki 7% sahaja Ether tersimpan di pertukaran.
Penyusutan jumlah ETH di pertukaran tidak mustahil akan membawa kepada lonjakan harga ke paras tertinggi yang baru, sama seperti yang berlaku terhadap jumlah matawang Satoshi Nakamoto ketika mula susut.
Buat masa sekarang, Ethereum menunjukkan isyarat bullish dengan rekod harga dagangan semasa penulisan, $1,227, termasuk ketidakseimbangan jumlah bid-to-ask menghampiri 9%.