Pakar strategi komoditi Bloomberg, Mike McGlone mendedahkan Bitcoin berpotensi untuk mencecah $50,000 ekoran daripada pelabur yang sudah berpindah kepada sektor kripto.
McGlone percaya, menjelang 2024 ketidaktentuan matawang itu boleh mencapai tahap emas, mendorong lonjakan harga ke paras yang lebih tinggi.
Jelas McGlone, ketika BTC menunjukkan sokongan kuat di paras atas $30,000 ekoran faktor peningkatan minat pelabur institusi dan potensi sebagai aset rizab global, tidak mustahil harga aset Satoshi Nakamoto ini boleh mencatat nilai $50,000 atau lebih tinggi.
Kenyataannya disokong dengan rekod pelaburan yang berpindah daripada emas kepada Bitcoin, termasuk peningkatan aliran masuk ke dalam Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) dan penyusutan pegangan emas ETF.
McGlone juga memberitahu, peningkatan volatiliti pasaran saham telah memberi kesan yang baik kepada emas dan bitcoin dengan gabungan pelaburan kedua-dua aset itu menunjukkan kadar turun naik 260-hari (30%) yang lebih rendah berbanding S&P 500 iaitu (35%).
Aset digital berpotensi menyaksikan tahap rintangannya meningkat 100 kali tahap rintangan emas. Tahap rintangan semasa BTC ialah $40,000 yang mana 22 kali lebih tinggi berbanding emas $1,800.
Semasa lonjakan pada 2017, nisbah harga Bitcoin kepada emas telah meningkat dari 1x hingga 15x dalam beberapa bulan sahaja.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan Bitcoin sedang mengejar ketinggian paras risiko emas menjelang 2024. Malah, tidak mustahil juga Bitcoin semakin kurang volatile berbanding emas kerana bekalan yang terhad.