Pasaran kripto sekali lagi merudum susulan harga Bitcoin (BTC) kembali menyelam di bawah paras $50,000 sejak tengahari semalam.
Perhatian terhadap keseluruhan pasaran kripto juga mendapati altcoins, termasuk token metaverse, DeFi dan non-fungible token (NFT) terkesan dengan penurunan harga aset Satoshi Nakamoto ini.
Pada masa yang sama, Ethereum (ETH) susut hampir 7% dari paras $4,038 kepada nilai terendah harian, $3,761 pada hari ini.
Bagaimanapun, ketika penulisan BTC mencatatkan nilai $47,868, susut hampir 4%; ETH didagangkan pada $3,810, susut lebih 4% dalam 24 jam.
Sementara itu:
- Solana (SOL): $178.97 (susut lebih 6%)
- Cardano (ADA): $1.40 (susut lebih 5%)
- XRP: $0.862 (susut hampir 5%)
- Terra (LUNA): $87.14 (susut lebih 5%)
- Dogecoin (DOGE): $0.17 (susut lebih 3%)
- Shiba Inu (SHIB): $0.00003536 (susut lebih 5%)
Barangkali faktor kepada pergerakan yang agak mengecewakan berkait rapat dengan pelabur yang mula mencairkan aset untuk mendapatkan keuntungan, bersedia dengan kedatangan tahun baru.
Data daripada CoinGlass mendapati lebih 165,000 pelabur telah mencairkan kontrak niaga hadapan bernilai hampir $523 juta dalam tempoh lebih 24 jam.
Rekod tersebut juga melibatkan kecairan pelaburan Bitcoin yang menelan lebih $167 juta.
Sentimen negatif ini turut mengheret nilai pasaran kripto susut lebih 4%, berada di paras sekitar $2.38.
Maka tidak hairanlah mengapa situasi pasaran mendadak bertukar parah.
Apa lagi, cepatlah top-up koin anda! Tapi, hati-hati!