Pengasas Tesla, Elon Musk nampaknya perlu berhati-hati dalam media sosial terutama Twitter apabila tweetnya baru-baru ini membawa penyusutan harga Bitcoin (BTC) sehingga lebih 10%.
Pada 20 Februari lalu, jutawan dunia itu memuatnaik kicauan berkaitan harga BTC dan Ethereum (ETH) yang terlalu tinggi.
That said, BTC & ETH do seem high lol
— Elon Musk (@elonmusk) February 20, 2021
Susulan daripada itu, harga raja kripto itu terus susut kepada $51,993 sebelum menyusut lebih rendah kepada $47,700 pada malam tadi.
Walaupun tidak jelas faktor kukuh kepada penyusutan tersebut, pada Ahad matawang itu masih menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan lonjakan melepasi $58,000.
Namun, entah bagaimana berlaku pula penyusutan.
Setakat tengahari semalam, bitcoin didagangkan pada $53,195 lebih rendah di bawah 8%. Ini bukan perkara yang baru memandangkan sebelum ini Bitcoin pernah menghampiri hampir $20,000 pada 2017 sebelum susut 80% pada tahun berikutnya.
Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada harga 52,494, susut 7% dalam 24 jam. Manakala ETH mencatatkan harga $1,716, susut hampir 10%.